Tuesday 9 April 2013

Hasil Penulisan

Lim Teck Hoe bukan sahaja seorang yang aktif dalam persatuan- persatuan, malah beliau telah berjaya mengarang beberapa buah buku yang berkonsepkan motivasi serta berunsurkan pengajaran dan pembelajaran. Antara hasil tangan beliau adalah:
  1. Pengarang Buku 123 Amalan Belajar Cemerlang terbitan Oxford Fajar.  
  2. Penasihat Teknik Ingatan untuk Siri Memory Booster terbitan Oxford Fajar. 
  3. Penulis bersama buku Bahasa Inggeris bertajuk M.A.P For Students Learning Made Fun, Funny & Funky.

Pengiktirafan Media Massa Lim Teck Hoe

Pengiktirafan Media Massa yang beliau peroleh ialah:
  1. Penceramah jemputan dalam Bidang Ingatan, Pemikiran,Kreativiti dan Pembelajaran di stesen televisyen dan radio di Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, China dan Malaysia. 
  2. Muncul dalam rancangan Malaysia Hari Ini, Hello On Two, The Breakfast Show, Latte@8, Buletin Utama, Berita Perdana, dan sebagainya.  
  3. Pakar Minda untuk segmen Apa Lelaki Fikir dalam rancangan Apa Kata Wanita di TV.  
  4. Pencapaian dalam bidang memori dan pelatihan otak mendapat lebih daripada 50 liputan akhbar dan majalah dalam dan luar negara.

Aktiviti Belia Lim Teck Hoe

Antara penglibatan Lim Teck Hoe dalam aktiviti belia ialah:
  1. Majlis Perundingan Belia Negara (Ahli Lantikan Menteri) Penggal 2009/2010 & 2011/2012.  
  2. Ikon Belia Malaysia yang dipilih oleh Kementerian Belia & Sukan Penggal 2011/2012 & 2012/2013. 
  3. Malaysian Youth 4 EcoGreen Initiative Pengasas/ Pengerusi
  4. Asias Future Leaders Training Program, Taiwan, 2011

Pencapaian Profesional Lim Teck Hoe

Pencapaian Profesional yang telah diraih oleh Lim Teck Hoe ialah: 
  1. Pemenang Pingat Perak Kejohanan Memori Sedunia 2002.
  2. Pemegang Rekod Ingatan Asia Sejak Tahun 2002
  3. Penasihat/ Perunding Utama Kelab Ulul Albab Terengganu (dibawah naungan YAB Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Besar Terengganu) 2004-2008.  
  4. Penasihat/ Perunding Utama Pusat Minda Besut.

Monday 8 April 2013

About Lim Teck Hoe


LIM TECK HOE
IKON BELIA NEGARA
AHLI MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA
ASIA MEMORY RECORD HOLDER
DEPUTY ORGANISING SECRETARY, MCA RAUB


 Lim Teck Hoe telah dilahirkan pada 16 November 1976 di Raub, Pahang. Beliau mendapat pendidikan
Sekolah Menengah di Sekolah Menengah Mahmud Raub pada tahun 1993. Beliau fasih dalam pelbagai
bahasa, antaranya adalah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Indonesia, Bahasa Indonesia, 
Bahasa Mandarin serta dialek Kantonis, Hakka dan Hokkien.

Beliau memiliki latarbelakang akademik yang cemerlang dan boleh dijadikan sebagai satu contoh dan pembakar semangat kepada belia. Antara pencapaian beliau adalah:
  1. Lulusan Terbaik Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Gas) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 1999.
  2. EXCO MPP UTM 1997.
  3. Presiden Kelab Debat, Pidato dan Pemikiran UTM 1997.
  4. Pengurus Pasukan Skuasy UTM 1998.
  5. Ketua Pasukan Debat Bahasa Melayu UM 1996-1998.
  6. Pemenang Anugerah Pendebat Terbaik Bahasa Melayu Debat Alam Sekitar IPT danDebat Piala DiRaja IPT tahun 1996-1998.
  7. Pemenang Pingat Perak Acara Sukan Skuasy SUKMAS 1998.
  8. Juara Pidato Piala DiRaja Bahasa Melayu Peringkat Negeri Pahang 1993.
  9. Tokoh Pelajar, Sekolah Menengah Mahmud Raub 1993.